Dunia Oh Dunia.
Kemana saja engkau pergi pasti ku temui jua...hehehehehe

Admin bukannya nak gaduh atau nak hentam sesiapa
tetapi sekadar nak bagi suspens sikit..hehehehe
Eh...! Lupa Pulak
Assalamualaikum w.b.t. kepada Semua:
Dengar saja Wang. Pasti ramai yang akan berpaling ! Betul ke Tidak ?
tanpa wang kehidupan tidak lengkap.. itulah yang admin sering dengar apabila
tiba dan melalui sendiri kehidupan di Bandaraya besar Kuala Lumpur ini...
Admin mengaku Wang adalah material yang sangat berharga bagi semua urusan dunia hari ini
sehinggakan ramai dikalangan kita yang bergelar " Khalifah " di muka bumi ini berubah menjadi insan yang kurang bertamadun dan tamak. Penciptaan Wang sememangnya adalah penting untuk proses memudahkan urusan jual beli dan kita sememangnya harus berterima kasih kepada wang kertas itu..hehehehhe
Namun, bukan itu yang Admin nak ulas..tetapi
Persoalannya di sini mengapa manusia suka sangat dengan Wang ni..
Admin mengaku Admin pun suka dengan Wang..
Tetapi, apa yang mengecewakan mengapa kita memilih jalan yang haram untuk mendapatkan wang sedangkan masih ada jalan yang halal terbentang luas di depan sana..
Adakah sebab melalui jalan yang haram itu Kuantiti pendapatanya agak Lumayan berbanding dengan cara mendapatkan sumber Wang melalui jalan yang halal..
Namun, ingatlah. . . Keberkatan dari Yang Maha Esa adalah lebih besar dari duit yang sejemput itu..
Manusia sentiasa mencari jalan yang mudah untuk mendapatkan Wang bagi meneruskan kelangsungan hidup
tetapi tidak perlu melakukan cara yang salah untuk mendapatkannya seperti :

- Mencuri
- Mengadai maruah diri
- Merompak Harta orang lain
- Mempergunakan insan lain
- dan aktiviti haram yang lain..korang fikirlah sendiri..hahaha:
Admin pun sebenarnya kekadang melalui masalah kesulitan Wang namun fikirlah dengan cara yang logik
tetapi jangan sampai melakukan benda-benda yang haram untuk mendapatkan wang.
Ingat segala kesulitan sentiasa ada jalan penyelesaianya.
Kesimpulannya, Wang memang penting dan pasti semua orang nak wang..hehehehe..
tanpa wang jangan berasa gundah gulana tetapi tanpa Iman di hati kecil kita ini untuk sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa kita wajib berasa risau.
Dunia ini luas dengan hamparan rezeki.
Dan kita sahaja yang perlu berusaha tetapi dalam mencari kesenangan dunia jangan kita lupa
untuk mencari keredhaanNya
kerana kehidupan di dunia ini adalah bersifat sementara.
Dan ingat :
- Jangan berubah menjadi insan yang tidak bertamadun, jangan sombong atau angkuh apabila di Limpahi rezeki yang Luas.
Admin pun hanya Insan biasa.
Sama- samalah kita semua beringat..Assalamualaikum w.b.t semua,
.jpg)
No comments:
Post a Comment